Sebelum keluar duit besar untuk ukur rasmi, Abe turun dulu dengan kadar bermula
RM400 untuk menyemak dan menunjukkan kedudukan anggaran sempadan lot anda di tapak. Semakan
ini membantu anda mengetahui sama ada isu sempadan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Tok keno bayar gapo pun, wosak selaluh! Sebut harga diberi dahulu, sebelum tarikh kerja ditetapkan.
Semakan kedudukan sempadan, ukur topografi, setting out, as-built, pemetaan udara dan laut
serta pengesanan utiliti bawah tanah. Untuk pemilik tanah, kontraktor, pemaju dan perunding di Kelantan.
WhatsApp 011-1091 9659, nombor sama di bio TikTok @abeukurtanah
SSM TBB Group Enterprise (KT0447339-H)
Rekod kerja 600+ video kerja lapangan di TikTok
Liputan Seluruh negeri Kelantan
“Barang siapa yang mengambil satu jengkal tanah secara zalim, maka akan dikalungkan kepadanya tujuh petala bumi di lehernya pada hari kiamat.”
Hadis riwayat Bukhari & Muslim
Sempadan tanah bukan perkara kecil. Itu sebab Abe kerja ikut data, bukan ikut agakan. Abe juga terus terang tentang apa yang Abe boleh dan tidak boleh buat.
Yang mana satu masalah tanah anda?
Tekan mana-mana satu, terus masuk WhatsApp Abe dengan masalah anda sudah tertulis. Tak payah taip panjang, dan bertanya memang percuma.
Mesej boleh diubah sebelum dihantar. Lampirkan gambar geran dan kongsi lokasi tanah sekali.
Sempadan tanah Kalau isu anda pasal di mana sempadan sebenarnya berada.
Pengesahan sempadan untuk pejabat tanah, bank atau mahkamah, dan pecah sempadan, wajib dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen. Lihat kerja yang perlu JTB →
Geran & urusan tanah Kalau isu anda pasal hak milik, penama atau akses.
Pengesahan sempadan untuk pejabat tanah, bank atau mahkamah, dan pecah sempadan, wajib dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen. Lihat kerja yang perlu JTB →
Ukur kejuruteraan Pelan topografi, ukur penandaan tapak dan ukur siap bina. Untuk kontraktor, pemaju dan perunding (jurutera, arkitek dan perancang bandar).
Kerja ukur bukan hak milik (topografi, setting out, as-built, pemetaan udara dan utiliti) serta semakan kedudukan sempadan untuk rujukan tapak anda.
Semakan kedudukan sempadan
Abe bantu kesan dan tunjukkan kedudukan anggaran sempadan lot anda di atas tapak, berdasarkan data lot dan dokumen berkaitan. Ini termasuk membantu mencari batu sempadan sedia ada yang tertanam atau dalam semak. Titik ditanda dengan pancang rujukan sementara milik Abe, bukan batu sempadan rasmi.
Mengumpul data keadaan sebenar tapak: aras tanah, kontur, bangunan, jalan, longkang, struktur, pokok dan ciri fizikal sedia ada, untuk perancangan dan reka bentuk.
Memindahkan maklumat dari pelan kepada kedudukan sebenar di tapak: kedudukan bangunan dan infra (jalan, longkang, kabel dan paip bawah tanah serta landskap), titik piling, grid, koordinat, jajaran, offset dan level/elevation.
Mengesan dan memetakan utiliti bawah tanah (paip air, kabel elektrik, telekomunikasi, sewerage, culvert) menggunakan kaedah seperti EML dan GPR mengikut keadaan tapak.
Pemetaan UAV bagi kawasan yang bersesuaian. Output termasuk aerial imagery, orthophoto, point cloud, digital surface model, model 3D dan data topografi. Penerbangan dijadualkan selepas kelulusan pihak berkuasa berkaitan.
Penyediaan data ukur dan pemetaan dalam format yang sesuai dengan keperluan projek (antaranya CAD/GIS) serta khidmat nasihat pengurusan dan pembangunan tanah.
Apa Abe boleh buat, dan bila anda perlu Juruukur Tanah Berlesen
Abe bukan Juruukur Tanah Berlesen (JTB), dan Abe beritahu anda awal-awal, bukan selepas anda bayar. Abe boleh buat kerja ukur bukan hak milik dan semakan kedudukan sempadan untuk rujukan tapak.
Semakan Abe dari RM400
Semakan kedudukan sempadan lot di tapak (kedudukan anggaran)
Pancang rujukan sementara di titik sempadan
Laporan semakan tapak dengan lakaran kedudukan (pilihan)
Untuk rujukan dan perancangan tapak, sebelum keluar duit besar untuk ukur rasmi.
Ukur rasmi oleh JTB
Pengesahan sempadan rasmi dan pelan yang diperakui
Penanaman atau penggantian batu sempadan rasmi
Pecah sempadan dan pecah bahagian tanah
Ukur kadaster (ukur hak milik)
Pelan serahan jalan atau hak laluan yang perlu diperakui
Bila urusan sampai ke pejabat tanah, bank atau mahkamah.
Abe semak dulukemudianUkur rasmi oleh JTB, jika perlu
Sempadan jajahan dipetik daripada data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Caj perjalanan mengikut jadual sebut harga terbitan Abe (lihat kadar penuh).
Kira anggaran harga semakan sempadan tanah anda
Guna kadar terbitan Abe untuk kerja semakan sempadan lot di Kelantan. Jawapan keluar terus, termasuk caj perjalanan dan keadaan kawasan, bukan disorok sampai hari kerja.
Abe buka kadar awal-awal (termasuk caj perjalanan dan keadaan kawasan) supaya anda boleh banding dan bajet sendiri sebelum hubungi sesiapa.
1. Kadar bayaran asas
Kadar asas semakan sempadan mengikut keluasan tanah
Keluasan tanah
Kadar
Kurang 1 ekar (sehingga 4 titik sempadan)
RM400
Lebih 1 ekar, kurang 2 ekar (sehingga 5 titik sempadan)
RM700
Lebih 2 ekar, kurang 4 ekar (sehingga 6 titik sempadan)
RM1,200
Lebih 4 ekar (sehingga 6 titik sempadan)
RM300 / ekar
Kadar asas di atas adalah untuk kerja di Kota Bharu. Jajahan lain dikenakan caj tambahan tempat di bawah.
2. Caj tambahan: tempat
Caj tambahan mengikut jajahan
Jajahan
Caj
Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Pasir Mas
RM50
Machang, Tanah Merah, Rantau Panjang
RM100
Jeli, Kuala Krai, Besut
RM150
Gua Musang (termasuk hotel 1 malam)
RM250
3. Caj tambahan: keadaan kawasan
Caj tambahan mengikut keadaan kawasan
Keadaan kawasan
Caj
Bandar, padi, semak atau berair
RM50
Hutan
RM100
Bukit
RM150
4. Kadar mengikut bilangan titik sempadan
Kadar seunit titik sempadan mengikut keadaan kawasan dan bilangan
Keadaan kawasan
1–10 titik
11–20 titik
21 titik ke atas
Kawasan terang
RM50
RM45
RM35
Bandar / padi / semak / berair
RM70
RM65
RM55
Hutan / bukit
RM100
RM95
RM85
Kadar seunit titik sempadan, berkaitan dengan bilangan titik yang terlibat dalam kerja.
5. Laporan semakan tapak
RM150
Contohnya: semakan bagi tanah kurang 1 ekar di Kota Bharu adalah RM400 sahaja, atau RM550 termasuk laporan semakan tapak.
Kadar ini diterbitkan oleh Abe Ukur Tanah untuk kerja semakan sempadan lot di Kelantan.
Kerja lain (topografi, setting out, as-built, drone dan utiliti) disebut harga mengikut skop tapak.
Minta sebut harga
Kerja yang Abe dah buat
Abe rekod kerja lapangan sendiri di TikTok dan Facebook, lebih 600 video setakat ini.
Gambar dari tapak
Gambar dan video dari tapak kerja Abe, dikongsi sendiri oleh Abe untuk laman ini.
Mydin Tanah Merah
Kerja ukur topografi awal, setting out bangunan dan infrastruktur, serta rakaman udara bagi memantau kemajuan semasa projek.
Khidmat runding cara tapak bagi pencawang padat (compact substation) TNB dan hak laluan, kerja ukur topografi awal, setting out bangunan serta infrastruktur, ukur as-built, dan pemetaan udara.
Kerja setting out padang bola serta semakan kedudukan sempadan (dengan pancang rujukan sementara) bagi dua lot tanah yang baru dibeli oleh pihak masjid untuk kegunaan penduduk kampung.
Khidmat runding cara bersama semua pemilik bagi memahami serta mencapai persetujuan berhubung pembahagian tanah untuk pengeluaran geran hak milik masing-masing, termasuk cadangan hak laluan. Ukur pecah bahagian itu sendiri perlu dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen.
Pengesanan kedudukan utiliti bawah tanah sebelum kerja pengorekan dijalankan, atau sebelum kontraktor dan arkitek menyediakan cadangan reka bentuk bangunan serta infrastruktur.
Senarai kerja ini daripada Abe sendiri; kebanyakannya ada video di TikTok Abe. Abe memproses data pemetaan udara menggunakan Pix4Dmapper, dan menggunakan total station serta GNSS di tapak.
Dipetik terus daripada borang komen pelanggan Abe, Julai 2025 hingga April 2026. Setiap pelanggan di sini bersetuju komen mereka dipaparkan di laman web.
★★★★★4.96 daripada 5, purata 28 penilaian. 37 pelanggan beri komen.
“Tokey sene buat kiro. Mudoh baso. Nextt job buleh cari pulok”
Alif, Jeli
“Sudoh 3kali guno khidmat ukur tanoh nga syarikat ni. Alhamdulillah, meme puah hati.”
Pakcu, Bachok dan Pasir Mas
“Hanya berurusan melalui aplikasi WhatsApp, sebabkan saya bermaustatin jauh. Namun kerja diselesaikan dengan cepat, sempurna dan amanah. Sangat boleh dipercayai utk sebarang urusan tanah.”
Fazlini, Pasir Hor, Kota Bharu
“Alhamdulillah kerja cukup professional dan siap dlm masa yg dijangkakan dgn bayaran yg wajar. Sangat berpuas hati.”
Amran, Machang
“Abe ni memey terbaik.. buat kijo permudoh urusan orang.. bayaran dan jalan kijo xpayah cerito la dey rama suko gak.. mesti molek.. terbaik!!!”
Syahid, Kota Bharu
“Sangat berpuas hati.. penerangan yang jelas lagi detail.. sangat membantu dalam menyelesaikan masalah berkaitan..”
Hazmi, Kota Bharu
“Puas hati sangat. Mudoh baso seney kiro. Rego pon muroh.”
Suhaimi, Kota Bharu
“Bagus, Abe ni mudah baso. Senang oyat mudah bawa bincang.”
Geran lama guna depa, ling, rantai dan relung. Tukar terus di sini sebelum berbincang dengan sesiapa.
Penukar unit keluasan
Masukkan nilai untuk menukar unit. Penukar ini perlukan JavaScript.
Penukar unit jarak
Masukkan nilai untuk menukar unit. Penukar ini perlukan JavaScript.
Semak lot anda di MyLot
JUPEM menyediakan semakan atas talian untuk maklumat am tanah: nombor lot, pelan akui, mukim dan daerah. Buat langkah ini dahulu, kemudian WhatsApp Abe dengan nombor lot anda.
MyLot memberikan maklumat am tanah untuk rujukan. Ia tidak menentukan kedudukan sempadan anda di atas tapak.
Empat langkah, dari WhatsApp ke serahan data
1
WhatsApp Abe
Hantar gambar geran dan lokasi tanah. Ceritakan apa masalah atau apa yang anda perlukan. Bertanya percuma.
2
Sebut harga jelas
Abe balas dengan kos yang jelas mengikut kadar terbitan, sebelum tarikh kerja ditetapkan. Bayaran dibuat melalui pindahan ke akaun TBB Group Enterprise dan anda terima resit rasmi. Bagi kerja RM2,000 ke atas, deposit dikenakan.
3
Kerja di tapak
Pasukan Abe turun padang dengan total station, GNSS atau dron untuk ambil data tapak.
4
Serahan data
Data dan laporan dihantar terus ke WhatsApp atau emel anda.
Kenapa Abe?
Abe mula terlibat dalam kerja ukur lapangan pada tahun 2009, ketika turun ke tapak setiap cuti semester. Dengan pengalaman lebih 15 tahun, Abe telah membantu pemilik tanah, kontraktor, pemaju dan perunding (jurutera, arkitek dan perancang bandar) menyelesaikan masalah di tapak di seluruh jajahan negeri Kelantan.
Terus terang tentang had kerja
Sebelum anda bayar, bukan selepas, Abe beritahu apa yang Abe boleh buat dan apa yang wajib dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen.
Kos dibuka awal
Kadar penuh, caj perjalanan dan caj keadaan kawasan semuanya tertulis di laman ini.
Di lapangan sejak 2009
Abe di lapangan sejak 2009, membawa lebih 15 tahun pengalaman kerja ukur.
Pelanggan tetap & cadangan mulut ke mulut
Sekarang banyak kerja Abe datang daripada pelanggan tetap dan cadangan pelanggan lama.
Liputan seluruh Kelantan
Dari Tumpat sampai Gua Musang: caj perjalanan setiap jajahan pun sudah tertulis, bukan dikira kemudian.
Siapa yang Abe bantu
Pemilik tanah & pemilik rumahNak tahu kedudukan sempadan, keadaan tanah, atau nak buat pembangunan.
Orang yang nak jual tanahSempadan yang tak jelas di tapak selalu jadi alasan pembeli minta diskaun atau tangguh booking.
KontraktorPerlukan setting out, as-built, topografi dan data tapak.
Pemaju hartanahPerlukan data ukur untuk perancangan dan pembangunan.
Perunding teknikalTermasuk jurutera, arkitek dan perancang bandar yang memerlukan data ukur sebagai input untuk reka bentuk, perancangan, koordinasi dan pelaksanaan projek.
Syarikat & organisasiUntuk projek pembangunan, infrastruktur, utiliti dan pemetaan.
Pemilik kebun & tanah pertanianNak tahu keadaan dan maklumat tapak sebelum kerja pembangunan atau perancangan.
Soalan yang orang sokmo tanya Abe
Tanya pun kena bayar ke?
Tidak. Bertanya dan mendapatkan maklumat awal adalah percuma. Abe akan fahamkan dahulu masalah atau keperluan anda, kemudian beri sebut harga sebelum tarikh kerja ditetapkan.
Abe ini Juruukur Tanah Berlesen ke?
Abe bukan Juruukur Tanah Berlesen. Abe menyediakan kerja ukur bukan hak milik, semakan kedudukan sempadan untuk rujukan tapak, ukur topografi, setting out, as-built, pemetaan udara, pengesanan utiliti dan khidmat nasihat teknikal.
Kenapa RM400, sedangkan ukur tanah biasa beribu-ribu?
Kadar bermula RM400 adalah bagi kerja semakan kedudukan sempadan untuk rujukan dan perancangan tapak, bukan ukur kadaster atau pengesahan sempadan rasmi. Ukur rasmi, pelan diperakui dan urusan hak milik perlu dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen.
Batu sempadan saya dah hilang atau tertanam dalam semak. Boleh jumpa?
Abe boleh bantu mencari batu sempadan sedia ada yang hilang atau tertanam. Walaupun hanya satu atau dua batu sempadan yang ingin dicari, pasukan Abe tetap perlu menyemak data lot, batu sempadan lain dan keadaan tapak untuk membantu mengenal pasti kedudukan anggaran sempadan. Jika batu sempadan perlu ditanam semula, kerja itu dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen. Kadar asas bermula RM400 bagi tanah kurang satu ekar di Kota Bharu; caj tambahan mungkin dikenakan mengikut lokasi dan keadaan tapak.
Boleh guna hasil kerja Abe untuk pejabat tanah, bank atau mahkamah?
Tidak. Hasil semakan Abe adalah untuk rujukan dan perancangan tapak sahaja. Pengesahan sempadan rasmi, penanaman batu sempadan, pecah sempadan dan pelan yang diperakui perlu dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen.
Boleh buat semakan sebelum saya beli tanah?
Boleh. Semakan awal membantu anda memahami keadaan tapak, akses masuk, kedudukan anggaran sempadan dan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membuat keputusan membeli tanah.
Apa yang saya perlu sediakan sebelum WhatsApp Abe?
Hantar lokasi tanah, gambar geran jika ada, nombor lot atau maklumat mukim dan daerah, serta penerangan ringkas tentang masalah atau kerja yang anda perlukan. Ini membantu Abe membuat semakan awal dan menyediakan anggaran yang lebih sesuai.
Abe datang ke jajahan saya?
Abe menyediakan perkhidmatan di seluruh Kelantan. Caj perjalanan bergantung pada jajahan dan telah disenaraikan di laman ini. WhatsApp Abe dengan lokasi tanah anda untuk pengesahan.
Kalau tanah penuh semak, berbukit atau berair, masih boleh buat semakan?
Boleh, tertakluk pada keadaan serta keselamatan tapak. Kawasan semak tebal, hutan, bukit atau berair mungkin memerlukan masa, tenaga kerja dan peralatan tambahan. Abe akan jelaskan caj berkaitan dalam sebut harga sebelum kerja ditetapkan.
Abe boleh bantu kalau geran ada ramai penama?
Boleh. Abe boleh membantu dari sudut semakan tapak dan khidmat runding cara awal bersama pemilik. Jika urusan tersebut memerlukan pecah bahagian, pecah sempadan atau pengeluaran hak milik baharu, ia perlu dirujuk kepada Juruukur Tanah Berlesen dan pihak berkuasa berkaitan.
Bergantung pada skop kerja, Abe akan serahkan maklumat, data, lakaran atau laporan semakan tapak yang berkaitan. Bagi semakan sempadan, hasil kerja adalah untuk rujukan dan perancangan tapak, bukan pelan ukur yang diperakui.
Bagaimana khidmat susulan selepas kerja siap?
Jika anda memerlukan lawatan susulan bagi isu yang berkaitan dengan kerja terdahulu, Abe boleh bantu semak semula keadaan tapak. Kebiasaannya, caj susulan adalah sekitar 50% daripada nilai sebut harga asal, tertakluk pada lokasi, keadaan tapak dan skop masalah. WhatsApp Abe untuk bincang penyelesaian yang sesuai.
Abe ada pejabat untuk saya datang jumpa?
Urusan awal boleh dibuat terus melalui WhatsApp untuk menjimatkan masa. Jika pertemuan diperlukan, Abe akan maklumkan susunan yang sesuai mengikut jenis urusan dan lokasi.
Gambar geran saya selamat tak?
Maklumat dan gambar geran digunakan untuk tujuan semakan serta penyediaan sebut harga sahaja. Gambar geran disimpan dalam WhatsApp Abe untuk rujukan kerja anda pada masa akan datang, dan hanya staf Abe yang boleh melihatnya. Jangan hantar maklumat yang tidak berkaitan, dan hubungi Abe jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang dokumen yang dikongsikan.
Ada masalah tanoh? Tanyo jah Abe.
Hantar gambar geran dan lokasi. Abe balas dengan sebut harga yang jelas mengikut kadar yang tertulis di halaman ini, dan bertanya memang percuma.